Tuesday, 27 November 2012

Sometimes a short walk down memory lane is all takes to appreciate where you are today :)

Kita selalu mengira bahawa, apa yang kita rancang, dah atur elok-elok, akan menjadi seperti apa yang kita rancang. some people might be frust if apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan. but, kita perlu ingat bahawa, kita merancang, Dia juga merancang. bezanya antara Dia dengan kita adalah, Dia merancang dan Dia yang menentukan, padahal kira, hanya mampu merancang dan berserah kepada ketentuannya.

On this wonderful year, 2012, I've learned a lot of things and go thorough a lot of things. Sebagai pembuka tahun ini, aku telah terpilih sebagai salah seorang pelatih di PLKN di KEM PLKN JUNACO PARK SIBU. Pengalaman? payah nak cerita, banyakkk sangat. Suka, duka, pahit, manis, gembira. Rindu sangattt. Masa kat kem asyik merungut bila nak balik but now, seriously, I miss a lot of things. Maybe, ada benda yang aku nak lupakan jugak.. heee

kawan-kawan adalah perkara yang paling takkan aku lupakan. tanpa sokongan dan dorongan daripada diaorang, i don't think i can survive well. haha.. yes! miss them damn muchh. Hope to meet them again. One fine day!
last day pakai baju lorengggg! first tyme jadi pom2 girl.

okayyyy! 


Done with PLKN. Got SPM resultss. Aku dapat tawaran sambung belajar . First, aku layak masuk Matrikulasi Labuan. Tapi bapak tak bagi. Second, aku dapat tawaran masuk Universiti Putra Malaysia dapat Kursus Diploma Kesihatan Kehaiwanan. Demi Allah, aku memang nak sangat terjebak dalam bidang ni, namun, after a lot of consideration, aku lepaskan tawaran ni. Sehingga hari ni, aku masih tak dapat lupakan tawaran ni. Keinginan untuk mendaftarkan diri di UPM masih menebal dalam hati. Tak dapat masuk UPM, aku terus terima rezeki yang ketiga. Masuk IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA.

here it beginnnnnnnn.....

aku mendaftar masuk sebagai salah seorang mahasiswi baru di bawah  Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan 
( PPISMP) dengan tawaran kursus Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. 

Di sini lah aku mengenal erti kehidupan yang sebenar. Buat pertama kalinya, aku merasakan aku menguruskan segala-galanya untuk diriku sendiri. Berada jauh dari keluarga. Tinggal bersama dengan orang-orang yang sangat asing bagi diri kita. Makan, minum, pakaian, semuanya diuruskan sendiri. YES! it is hard but i believe i can go trough it. After all, i dont want to dissappoint my family who truly wanted to see me to become a TEACHER. 

Sapa kata nak jadi cikgu ni senang. Hangpa try baru hangpa tau. hahaha.. Dengan coursework nya yang banyakkk dan perlu dihantar dalam masa yang terdekat. Ditambah lagi dengan pelbagai assessment yang menguji ketahanan mental dan fizikal kitaorang. Pergghhhh!! menangis tidak berair mata dohhh!
but, that memories is one thing that can make me smile and at least, i have something to tell to people about. On the whole, I LOVE to be one of the TEACHER-TO-BE and i'm so proud!

We Proud To Be A Teacher
Kami Bangga Menjadi Guru
Sebenarnya, banyak suka dan duka dilalui sepanjang kehidupan ini. Dan itulah menambahkan lagi kemanisan dalam kehidupan kita. Daripada duka, kita belajar untuk menghargai waktu suka, dan daripada suka kita belajar untuk lebih menghargai.

Sejujurnya, aku memang bercita-cita untuk menjadi seorang Guru. ALHAMDULILLAH, Allah SWT makbulkan doa aku. Aku berasa bersyukur sangat-sangat kerana Allah SWT mempermudahkan segala urusan aku. 

Walaupun aku tak dapat untuk mencapai cita-citaku untuk menjadi Doktor Haiwan, aku redha. Mungkin, aku tidak layak untuk tugasan tersebut. Mungkin, jika aku meneruskan untuk mengambil bidang yang tersebut, aku tak mampu untuk memikul tanggungjawab yang bakal aku galas. Aku bersyukur, kerana Allah SWT masih memberikan aku peluang untuk aku mambahagiakan ibu bapaku. In Shaa Allah, akan aku laksanakan impian mereka untuk melihat aku menjadi seorang anak yang berjaya. 

Tiada apa yang lebih membahagiakan aku melainkan melihat ibu bapaku gembira di atas kejayaanku. Amin Ya Rabbal Alamin.

# Perjalanan ini masih panjang.

No comments:

Post a Comment